Institusi Majlis Eropah

Badan-badan utama Majlis Eropah termasuklah:

Sekretariat

Sekretariat merupakan badan yang mengendalikan urus tadbir harian Majlis Eropah. Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Agung.

Jawatankuasa Menteri-menteri

Badan ini merupakan badan pemerintahan yang tertinggi yang dianggotai oleh Menteri-menteri Luar Negeri ssetiap negara ahli. Menteri-menteri ini mengadakan persidangan hanya sekali setahun. Oleh itu, jawatankuasa ini dikendalikan oleh duta-duta tetap negara ahli.

Perhimpunan Parlimen (PACE)

Perhimpunan Parlimen mempunyai 626 negara ahli, termasuk dari Kanada, Israel dan Mexico. Badan ini berfungsi seperti parlimen, dan mempunyai kuasa perundangan. Ahli-ahli perhimpunan ini dipetik daripada ahli-ahli parlimen atau majlis perundangan negara-ngara ahli.

Kongres Majlis Eropah

Kongres mempunyai 315 ahli dari setiap negara ahli dan bertanggungjawab mengumpul maklumat tentang keadaan dan taraf demokrasi di negara-negara ahli serta memerhati pilihan raya yang diadakan. Badan ini menasihati Jawatankuasa Menteri-menteri dan Perhimpunan Parlimen.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

Badan ini ditubuhkan melalui Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah 1950 untuk mengendalikan kes-kes penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Pemegang jawatan ini mempunyai tugas menimbulkan kesedaran tentang hak asasi manusia, membuat penilaian dan laporan taraf hak asasi manusia serta membuat pengesyoran kepada kerajaan-kerajaan negara ahli.

Badan lain:

Observatori Audiovisual Eropah

Badan ini mengumpul dan mengedarkan maklumat industri audiovisual di Eropah.

Direktorat Kualiti Ubat Eropah (EDQM)

EDQM dianggotai oleh ahli farmasi, kimia, biokimia, biologi, statistik, arkib, juruteknik dan jurutera yang membuat kajian menguji kualiti ubat yang dihasilkan di Eropah.

Kumpulan Pompidou

Kumpulan ini berusaha membasmi ketagihan dadah serta pengedaran dadah secara haram.

Suruhanjaya Venice

Suruhanjaya ini memberi bantuan kepada negara-negara yang sedang menerima demokrasi. Contohnya, Suruhanjaya Venice membantu menyediakan perlembagaan.